

PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 SECARA ONLINE DAN MANUAL (BORANG)
Untuk pengetahuan anda semua, berikut adalah merupakan maklumat tentang Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa Ketiga termasuklah perkongsian tarikh, jumlah bayaran dan cara melakukan rayuan:
TARIKH RAYUAN BSH
Bagi permohonan mereka yang tidak lulus atau tidak berjaya, anda boleh melakukan permohonan rayuan BSH 2020 yang dibuka bermula 07 Ogos sehinggalah 06 September 2020
CARA MELAKUKAN RAYUAN BSH 2020
A. SECARA ONLINE
1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/ Permohonan rayuan secara atas talian (online) adalah hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.
2. Seterusnya, sekiranya dipaparkan "Rayuan", anda boleh kemukakan rayuan BSH secara online.
3. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini.
4. Apabila selesai permohonan rayuan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Bagi permohonan rayuan BSH 2020 secara online hanya dibenarkan bagi kod tertentu yang tidak lulus BSH seperti berikut:

B. SECARA MANUAL
1. Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.
2. Pemohon boleh memuat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 menerusi pautan
3. Sila pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH masing-masing. Anda boleh memuat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020 disini.

Tambahan: Bagi anda yang ingin membuat Rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila semak dan rujuk kod tidak lulus BSH serta dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan dokumen sokongan BSH.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Maklumat keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:
Web: https://bsh.hasil.gov.my/
Hotline BSH LHDN: 1-800-88-2747
Hotline BSH MoF: 03-8882-4565
Email: bsh@treasury.gov.my
0 Comments