Iklan Header

[RASMI]: Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 Yang Ingin Membeli Rumah Pertama ~ Mohon Sekarang!



Adakah anda tergolong dalam golongan B40 dan ingin memiliki rumah pertama idaman anda? Anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa bantuan daripada pihak kerajaan untuk membantu anda membeli rumah pertama anda.

Bantuan Beli Rumah Dari Kerajaan Untuk Anda Beli Rumah Pertama - Golongan B40

Berikut adalah 4 bantuan kerajaan bagi golongan B40 yang ingin memiliki rumah pertama anda:

1. Hartanah Bawah RM150,000 : Diskaun 10%


Hal ini bertepatan dengan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau "Home Ownership Campaign (HOC) 2019" pada tahun lepas. Diskaun ini hanya untuk perjanjian SPA yang telah ditandatangani dalam tempoh tersebut. 

Diskaun ini adalah hanya untuk pemaju yang telah berdaftar dengan REDHA (Semenanjung Malaysia), SHAREDA (Sabah) dan SHEDA (Sarawak).

2. Pengecualian Duti Setem Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

Berdasarkan belanjawan tahun 2019, terdapat fokus bantuan perumahan kepada golongan B40 iaitu: 
  • Pengecualian Duti Setem bagi sesiapa yang membeli rumah berharga bawah RM300,000
Kos biasa tanpa pengecualian duti setem:
  • 1% untuk RM100,000 yang pertama.
  • 2% untuk RM100,000 ke RM500,000 yang seterusnya.
  • 3% untuk RM500,000 ke RM1 juta yang seterusnya.
Nota: RM5,000 akan digunakan untuk duti setem sekiranya melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Pengecualian ini sangat membantu golongan B40 untuk membeli rumah pertama mereka dan pengecualian duti setem ini adalah hanya untuk perjanjian SPA yang ditandatangani sebelum 30 Jun 2019 dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.



3. Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang

Rumah Mikro RM100 adalah dikhaskan untuk:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan B40 yang masih bujang
  • Mempunyai gaji rendah kurang daripada RM2,000
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun
Rumah Mikro ini direka dengan konsep komunal yang mempunyai tempat-tempat solat, dobi, bilik air, pantri dan tempat letak motorsikal / basikal untuk penghuni kongsikan bersama. 

Untuk permohonan rumah mikro ini, anda boleh terus klik di sini Rumah Mikro

4. RM1 Billion "Dana Untuk Rumah Mampu Milik" Daripada Bank Negara

Pihak Bank Negara Malaysia telah mengumumkan Dana Untuk Rumah Mampu Milik sebagai salah satu cara untuk membantu kumpulan B40 di seluruh negara untuk mampu memiliki rumah pertama mereka. 

Anda boleh rujuk maklumat mengenai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia di sini : Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 

Keistimewaan bagi dana ini ialah:
  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun.
  • Mendapat sokongan untuk pembayaran deposit.
  • Tempoh bayar balik yang panjang sehingga 40 tahun maksimum.
  • Dapat pendidikan kewangan secara percuma daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pembeli rumah bagi memahami perkara yang berkaitan dengan kewangan pembelian rumah.
  • Tidak perlu membayar yuran proses permohonan kewangan.
  • Tidak perlu membayar yuran duti setem.
Kriteria permohonan ialah:
  • Warganegara Malaysia dengan gaji bulanan tidak melebihi daripada RM2,300
  • Tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk dalam masa 12 bulan lepas
  • Rumah berharga kurang dari RM150,000
Banyak bukan bantuan daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa golongan B40 mampu memiliki rumah pertama mereka? Manfaatkan bantuan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat dan berjaya.


Post a comment

0 Comments