Subscribe Us

header ads

[TERKINI] : Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit Online Kini Dibuka - Mohon Terus Melalui Portal Rasmi TEDUH



Untuk pengetahuan anda, portal TEDUH adalah merupakan sebuah portal yang memaparkan dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam serta swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun lebih mesra dengan panggilan SPRN adalah merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang 'one-stop centre' bagi individu yang mahu memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Selain itu, TEDUH juga adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun serta pemaju swasta.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit

Sebelum anda membuat permohonan, anda boleh melakukan semakan kelayakan mengikut kategori berikut:

Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Rumah Transit
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Bekerja di kawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
MyHOME
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah adalah tertakluk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah tidak layak untuk memohon.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah.

Cara Melakukan Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit Online

Untuk membuat permohonan secara online, anda perlulah melakukan pendaftaran terlebih dahulu serta ikuti segala langkah seperti yang telah dikongsikan di bawah ini.
  • Klik DAFTAR AKAUN.
  • Masukkan NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, dan EMEL kemudian klik DAFTAR.
  • Semak emel dan lihat link pautan untuk pengaktifan akaun anda.
  • Masukkan KATA LALUAN dan klik SIMPAN.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN anda.
  • Klik LOG MASUK.
Selesai melakukan pendaftaran, ikuti langkah berikut:
  • Masuk ke dalam sistem SPRN.
  • Klik PILIH SKIM.
  • Baca segala syarat dan klik YA untuk teruskan.
  • Lengkapkan pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON, PENDAPATAN, TANGGUNGAN dan klik SIMPAN.
  • Klik PROJEK untuk memohon projek di negeri yang anda berminat dan ingini.
  • Klik MOHON UNIT, YA dan muat naik DOKUMEN SOKONGAN.
  • Klik PENGESAHAN untuk hantar permohonan anda. Klik SAH & HANTAR PERMOHONAN.
  • Klik KEMASKINI PERMOHONAN jika anda ingin mengemaskini permohonan anda.
  • Selesai.
Di bawah ini adalah merupakan MANUAL PENGGUNA untuk mengaktifkan akaun SPRN.

Borang Permohonan Rumah PPR Online Mengikut Negeri

Untuk melakukan permohonan rumah PPR secara online mengikut negeri sila klik pada pautan diberikan dan jika anda ingin melakukan permohonan secara manual, anda boleh terus hadir ke Pejabat Bahagian Perumahan Negeri tersebut.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit Online melalui Portal TEDUH, Sila Hubungi:

Jabatan Perumahan Negara 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Post a comment

0 Comments