Iklan Header

[TERKINI] : Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Sendiri Melalui Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020!



Jika anda mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM1,000 sebulan, anda sebenarnya mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Menarik bukan?

Namun, apa yang lebih menarik lagi ialah bagi mereka yang bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am yang tidak mempunyai penyata gaji bulanan juga turut berpeluang untuk memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM300,000.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007.

SJKP Berhad mengeluarkan jaminan kepada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka memberikan pembiayaan kepada golongan yang tidak berpendapatan tetap dan berpendapatan rendah yang kekurangan dokumen pendapatan bagi pembelian rumah pertama untuk mereka duduki.
Pihak kerajaan menyedari akan kesukaran golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani, pekebun kecil, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya untuk membeli rumah kediaman mereka sendiri. Ramai yang mampu membeli rumah namun masih menyewa hanya kerana mereka sukar untuk mendapatkan pembiayaan disebabkan kekurangan dokumen pendapatan ataupun penyata gaji. Dengan adanya Skim SJKP ini, maka lebih ramai rakyat Malaysia yang akan mampu memiliki rumah sendiri tanpa perlu mengira kaum dan pekerjaan.

Skim ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP ini adalah sama seperti pembiayaan bank iaitu selama 35 tahun ataupun usia peminjam mencecah 65 tahun.

Proses Permohonan:



  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan semua dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tambahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada pihak atau individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. 
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau rumah geran tanah (untuk tujuan aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang telah dinyatakan dan anda boleh memohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang berhampiran yang menyertai skim jaminan ini. 

Senarai Institusi Kewangan Yang Terlibat:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank 
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat
PENTING: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terlibat dengan skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Syarat Kelayakan:




  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Mempunyai pendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau mereka yang berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama adalah dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan. 
  5. Berpendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini. SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri. 
Baca soalan lazim di laman web rasmi SJKP DI SINI.

Post a comment

0 Comments