Iklan Header

Tips Pekerjaan - 7 Hobi Dan Minat Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda, Menjadikan Anda Sebagai Calon Pilihan Utama Majikan Semasa Temuduga


Umum mengetahui bahawa dalam mencari pekerjaan, resume adalah perkara yang sangat utama dan penting untuk dilihat. Dalam menghasilkan sesebuah resume terdapat tips yang menyatakan bahawa anda tidak perlu meletakkan hobi atau minat dalam resume kerana ianya akan membazir ruang. Ada juga yang menyarankan agar anda menggunakan ruangan hobi dan minat dengan sebaiknya seperti untuk mengisi maklumat lain berkaitan yang lebih utama.

Namun persoalannya, adakah benar bahawa maklumat berkaitan hobi dan minat ini hanya akan membazirkan ruang dalam sesebuah resume sahaja? Apa yang perlu anda lakukan jika hendak masukkan juga maklumat berkaitan hobi dan minat ke dalam resume?

Kat bawah ni ada penerangannya...

Lihat Pada Situasi Dan Keadaan

Sebenarnya anda boleh sahaja jika mahu memasukkan maklumat berkaitan hobi dan minat ke dalam resume bergantung kepada sesuatu situasi dan keadaan. Ada sesetengah hobi dan minat sebenarnya boleh memberikan anda "added advantage". Ia pasti akan memberikan anda sedikit kelebihan berbanding calon lain lebih-lebih lagi jika anda telah mencapai pelbagai kejayaan melalui hobi dan minat yang anda masukkan dalam resume tadi.

Sekiranya anda berniat untuk meletakkan hobi dan minat ke dalam resume, sila pastikan bahawa anda tidak keliru untuk memasukkan yang mana satu yang perlu dimasukkan ke dalam resume dan apa jenis hobi serta minat yang sepatutnya anda masukkan.

Hobi Dan Minat, Apa Perbezaannya?

Ramai calon yang beranggapan bahawa kedua-dua perkara ini adalah merupakan benda serta istilah yang sama. Namun hakikatnya ia adalah merupakan dua istilah yang berbeza.

Maksud Minat:
  • Minat adalah istilah yang lebih kabur. Sebagai contoh, jika anda berminat dengan permainan bola sepak dan anda suka untuk menontonnya di televisyen, mengikuti perkembangan semasa berkaitan sukan tersebut tetapi anda tidak bermain sukan tersebut. Anda hanya meminati sukan tersebut dan ia bukannya hobi anda.
Maksud Hobi:
  • Bagi istilah hobi pula, apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti sukan bola sepak tersebut dan menjadikannya sebagai satu aktiviti harian ataupun aktiviti kegemaran untuk anda lakukan.
Walaupun minat dan hobi adalah dua istilah yang berbeza, namun anda tidak semestinya perlu memisahkan perkara ini kepada dua pecahan di dalam resume anda.

Ikuti perkongsian di bawah ini dan ketahui bagaimana cara untuk memasukkan kedua perkara  tersebut pada bahagian yang sama.

Bila Perlu Masukkan Hobi Dan Minat Ke Dalam Resume?

Jika selama ini kita sering diberitahu bahawa memasukkan maklumat minat dan hobi ke dalam sesebuah resume hanyalah perkara yang tidak penting. Namun, pada hari ini kebanyakan syarikat besar dan terkemuka ramai yang mencari pekerja dengan melihat dua perkara ini sebagai sesuatu benda yang penting dan sesuai dengan budaya sesebuah syarikat. Jika anda ingin memasukkan minat dan hobi ke dalam resume, pastikan bahawa ia akan memperlihatkan anda sebagai seorang calon pekerja yang lebih menarik berbanding calon yang lain.

Di bawah ini adalah situasi yang mana anda perlu menyenaraikan minat dan hobi ke dalam resume anda:
  • Apabila jawatan yang anda pohon sesuai dengan minat dan hobi anda.
  • Apabila anda mempunyai pendidikan atau pengalaman kerja yang terhad di dalam resume.
  • Semasa pihak majikan mencari seorang calon pekerja yang unik.
  • Apabila pihak majikan meminta untuk anda senaraikan minat serta hobi anda ke dalam resume.

Antara Senarai Hobi Dan Minat Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Resume

Berikut adalah merupakan senarai hobi dan minat yang boleh anda masukkan ke dalam resume anda:

Hobi Kreatif
  • Sebagai contoh, melukis. Hobi ini menunjukkan bahawa anda mempunyai fikiran yang kreatif dan dapat melihat sesuatu masalah daripada sudut inovatif.
Sukan Berpasukan
  • Sebagai contoh, bermain bola sepak. Sukan ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang dapat bekerja dalam kumpulan, mempunyai sifat kepimpinan serta mampu untuk bekerjasama dengan ramai orang.
Sukan Daya Tahan
  • Sebagai contoh, berenang. Sukan ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang mempunyai semangat serta daya tahan dalam sesuatu perkara.
Sukan Individu
  • Sebagai contoh, memanah. Sukan ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang mempunyai sikap yang tenang dan sentiasa fokus dalam apa yang anda lakukan.
Hobi Yang Perlu Berfikir
  • Sebagai contoh, bermain catur. Hobi ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang suka berfikir secara strategik dan menunjukkan kemahiran analitik dan kreatif.
Penglibatan Komuniti
  • Sebagai contoh, melakukan aktiviti kesukarelawanan. Minat ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang selesa bekerja dengan orang lain dan anda berminat untuk melayani komuniti anda.
Hobi Sosial
  • Sebagai contoh, kelab buku dan kelab taman. Minat ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang berpengalaman dalam berkolaborasi dengan orang lain dan mengambil bahagian dalam projek berkumpulan.
Walaupun anda mungkin mempunyai pelbagai minat yang anda mampu sertakan ke dalam resume, sebaiknya anda hanya perlu memasukkan minat yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda minati. Cuba hadkan pilihan anda kepada maksimum empat atau lima hobi dan minat sahaja.

Cara Memilih Hobi Yang Baik Untuk Resume

Dalam menyenaraikan hobi dan minat dalam resume, perkara pertama yang perlu anda lihat adalah syarikat tersebut.

Buat Kajian Tentang Syarikat
  • Mulakan dengan mengumpulkan segala maklumat yang ada mengenai syarikat beserta dengan budaya kerja mereka. Lihat perihal pekerjaan dan lihat apa ciri syarikat yang kita ingini. Seterusnya, pergi ke laman web syarikat dan lihat profil pekerja untuk melihat sama ada mereka menyenaraikan hobi mereka ataupun tidak. Anda juga boleh menyemak LinkedIn dan akaun media sosial lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini.
Sesuaikan Minat Anda
  • Jika anda lihat keterangan jawatan yang anda pohon menginginkan calon yang boleh bekerja dalam sebuah pasukan, sesuaikan ia dengan hobi anda. Sebagai contoh, anda boleh sertakan hobi dan minat terhadap bola sepak. Hobi ini dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan.
Senaraikan Pelbagai Hobi
  • Dalam memasukkan hobi dan minat ke dalam resume, cuba pelbagaikan hobi dan minat anda. Dengan memberikan hobi dan minat yang berbeza, ini menunjukkan bahawa anda boleh berhubung dengan orang yang berbeza dan cukup fleksibel untuk menangani pelbagai situasi.

Cara Senaraikan Hobi Dan Minat Dalam Resume

Walaupun hobi dan minat boleh menjadi 'penambah perasa' dalam resume anda dan menonjolkan kemahiran penting, pastikan anda menonjolkan pendidikan serta pengalaman kerja anda terlebih dahulu.

Berikut adalah butiran penting lain yang perlu diingat tentang cara menyenaraikan hobi dan minat pada sesebuah resume:
  1. Masukkan hobi dan minat pada bahagian akhir resume.
  2. Berikan pernyataan ringkas sahaja tentang hobi dan minat anda.
  3. Rangka minat tersebut secara kreatif. Fokuskan keterangan anda pada kemahiran profesional yang anda gunakan semasa mempraktikkan hobi anda atau yang anda perolehi semasa mengikuti minat anda.

Kelebihan Masukkan Hobi Dan Minat Ke Dalam Resume

Apabila anda memasukkan hobi dan minat ke dalam resume, kelebihan yang bakal anda perolehi ialah:
  • Sekiranya anda melakukan kajian dan mendapati bahawa anda dan pengurus pengambilan pekerja mempunyai hobi dan minat yang sama, ini dapat membantu anda menjalin hubungan yang baik dengan pengurus pengambilan pekerja. Ini juga akan memberikan anda sesuatu topik lain yang boleh dibincangkan semasa temuduga.
  • Dalam menjalin hubungan yang baik dengan pengurus kerana mempunyai minat yang sama, ini sebenarnya boleh membuatkan anda dan resume lebih menonjol daripada calon yang lain.
  • Berupaya untuk 'rebrand' diri anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kelulusan dalam bidang sains komputer tetapi anda berminat untuk beralih ke kerjaya pemasaran, anda boleh memasukkan kemahiran yang berkaitan dengan fotografi, reka bentuk, perjalanan dan penglibatan masyarakat untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai kemahiran kreatif yang diperlukan.

Contoh Resume Beserta Hobi Dan Minat

Berikut adalah merupakan salah satu contoh resume yang disertakan dengan hobi dan minat:

Adam Smith
New York City, New York
(123) 456-7891
adamsmith@gmail.com

Summary
Talented and motivated sales associate with six year of experience. Achieved 40% increase in sales during the past year. Interested in using my skills as a Senior Sales Associate at ABC Clothing Company.

Professional History

Sales Associate, Ace Clothing Retailer

July 2015 - Present
  • Exceeded sales goals by at least 10% every year.
  • Voted Sales Person of the Year in 2016.
  • Maintained customer satisfaction rating above 75%.
Education

Buffalo State College
Bachelor of Science in Fashion and Textile Technology
August 2011 - May 2015

Sales Skills
  • Expert-level Microsoft Office
  • Expert Inventory tracking skills
  • Strong Communicator
  • Team Player
Hobbies and Interests
  • Trumpet: Played the trumpet for 10 years, taught lessons in an after-school program and was part of a small band for five years.
  • International travel: Traveled to six international countries in order to experience new cultures and traditions.
  • Painting: Took continuing education clasess in painting and visual design to learn a new hobby.
  • Volunteering: Volunteer with the local hiking club to pick up trash and maintain trails in the park.
Menyenaraikan minat dan hobi anda ke dalam resume adalah merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan resume anda. Setelah anda mengikuti perkongsian ini, kini tiba masanya untuk anda buktikan bahawa anda adalah calon yang mereka perlukan dan pilih. Sila kongsikan perkongsian ini kepada rakan dan keluarga anda sekiranya anda rasa ia boleh memberikan manfaat. Terima kasih.

Post a comment

0 Comments