Subscribe Us

header ads

Berita Semasa - Rakyat Semenanjung Boleh Melakukan Rentas Negeri Secara Bersyarat


Berdasarkan kepada makluman daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Datuk Huzir Mohamed, rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri dan perlu dicetak serta diserahkan kepada pihak polis ataupun balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan.

Kaedah ini diwujudkan bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada aplikasi 'Gerak Malaysia' dan mereka boleh membuat permohonan secara manual dengan memuat turun borang tersebut.

Cara Melakukan Permohonan Rentas Negeri Secara Manual Menggunakan Borang

  • 1. Memuat turun borang permohonan rentas negeri.
  • 2. Sila cetak dan lengkapkan borang tersebut.
  • 3. Membuat temu janji kepada balai polis yang berhampiran untuk mengelakkan kesesakan.
  • 4. Kelulusan permohonan akan diberikan pada hari yang sama borang tersebut diserahkan.

Panduan Melakukan Permohonan Rentas Negeri Menggunakan Aplikasi 'Gerak Malaysia'

  • 1. Orang ramai yang telah membuat pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia perlu memberi kebenaran kepada pihak polis untuk memantau lokasi yang mereka tuju sepanjang perjalanan tersebut. Selain itu, orang ramai harus segera mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi 2.0.
  • 2. Semasa mengisi permohonan tersebut, pemohon dikehendaki menyatakan persetujuan sama ada mereka bersetuju untuk berkongsi lokasi mereka semasa dalam perjalanan ataupun tidak. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa seperti kesihatan dan keselamatan untuk melakukan pengesanan kontak rapat berdasarkan butiran tersebut sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan berlaku sepanjang perjalanan tersebut.
  • 3. Menerusi aplikasi Gerak Malaysia itu, individu tersebut perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan alamat email setelah memuat turun aplikasi tersebut.
  • 4. Mereka juga perlu memberikan kebenaran kepada aplikasi tersebut untuk melakukan akses sistem pengesanan lokasi (GPS) bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya membolehkan pergerakan diluluskan.
  • 5. Aplikasi Gerak Malaysia mampu membantu pihak polis untuk mengenal pasti jumlah individu yang telah memohon dan menyediakan jadual perjalanan bagi melancarkan operasi.
  • 6. Sehubungan itu, pemohon perlu melakukan pengemaskinian permohonan pada tarikh mereka dibenarkan berlepas agar kod QR dapat dijana secara automatik.
Sila klik pada perkataan "MUAT TURUN" di bawah untuk memuat turun borang kebenaran rentas negeri. 

Post a comment

0 Comments