Iklan Header

Berita Semasa - Perjalanan Pulang Ke Kampung Sempena Aidilfitri Tidak Dibenarkan


Melalui perutusan khas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bersempena dengan Hari Pekerja, beliau berkata bahawa segala perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung sempena dengan cuti perayaan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

"Perjalanan rentas sempadan negeri juga turut tidak dibenarkan kecuali hanya untuk tujuan kerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung-kampung atau mana-mana tempat lain." katanya.

Kita tahu bahawa umat islam bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tida minggu lagi. Turut tidak dibenarkan segala majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta segala bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

"Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat jumaat dan segala berjemaah atau perhimpunan di masjid, surau serta rumah-rumah ibadat juga turut tidak dibenarkan." kata Tan Sri Muhyiddin.

Dalam perutusan tersebut juga, Tan Sri Muhyiddin turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi bermula pada 04 Mei ini.

Untuk melihat teks ucapan penuh Tan Sri Muhyiddin, sila klik pada pautan 'TEKS UCAPAN PENUH" di bawah ini.

TEKS UCAPAN PENUH

Post a comment

0 Comments