Iklan Header

Berita Semasa - Aktiviti Ekonomi Mula Dibuka Bermula Pada 4 Mei Ini


Melalui perutusan khas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena dengan Hari Pekerja berkata bahawa pihak kerajaan akan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan Standard Prosuder Operasi (SOP) yang ketat bermula pada 04 Mei ini.

Selain itu. Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata bahawa tindakan tersebut diambil setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan berdasarkan daripada data yang diperolehi.

"Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan untuk beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan."

"Tetapi masih terdapat beberapa industri yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi yang mana melibatkan perhimpunan orang ramai dan penjarakkan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak."kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, perdana menteri turut berkata bahawa perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan menghadiri urusan kerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

"Segala perjalanan rentas sempadan negeri untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan. Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka." katanya.

Beliau turut berkata, pihak majikan digalakkan untuk membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang seli selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula. Menurut beliau, langkah tersebut juga turut dapat membantu ibu bapa menyelesaikan penjagaan anak-anak mereka.

"Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan SOP tertentu namun ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak."

"Jika pihak majikan membenarkan mereka untuk datang bekerja secara selang-seli, ia pasti dapat menyelesaikan permasalahan ini. Jika anak-anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ianya secara tidak langsung memudahkan langkah penjagaan mengikut SOP seperti yang ditetapkan bagi penjagaan kanak-kanak"

SUMBER


Post a comment

0 Comments