Subscribe Us

header ads

Berita Semasa - Enam Arahan Yang Perlu Kita Patuhi Sepanjang Tempoh PKP Ini


Semalam telah berlangsungnya satu sidang media yang mana pada sidang media tersebut telah menjawab segala persoalan tentang sama ada tempoh Pengurangan Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan ataupun tidak.

Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020 yang mana perintah tersebut telah dilanjutkan selama dua minggu lagi. Tempoh lanjutan PKP ini berkuatkuasa bermula pada 15 April sehingga 28 April 2020 dan ianya berkuatkuasa di seluruh Malaysia. Perintah PKP ini dilakukan berdasarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Melalui laman portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat enam arahan yang mesti dipatuhi dan dijalankan sepanjang proses PKP ini berlangsung. Berikut adalah enam arahan tersebut:
  • 1. Larangan secara menyeluruh pergerakan dan perhimpunan melibatkan orang ramai termasuklah segala aktiviti seperti keagamaan, sukan, serta sosial dan budaya.
  • 2. Sekatan penuh kepada semua perjalanan yang melibatkan rakyat Malaysia ke luar negara.
  • 3. Sekatan penuh segala kemasukan para pelancong dan pelawat asing ke dalam negara Malaysia.
  • 4. Penutupan kesemua institusi pendidikan rendah, menengah, pra-Universiti, taska, sekolah kerajaan dan sekolah swasta.
  • 5. Penutupan penuh semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam serta Swasta dan Institusi Latihan Kemahiran Negara.
  • 6. Penutupan kesemua premis kerajaan dan swasta kecuali premis yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential service).
Sama-sama kita membendung dan memutuskan rantaian Covid-19 ini daripada terus merebak. Semoga Malaysia segera pulih seperti sediakala. 

Post a comment

0 Comments