Subscribe Us

header ads

Berita Semasa - Cara Mudah Untuk Mengetahui Sama Ada Wang BPN Telah Berjaya Dikreditkan Ataupun Tidak


Berikut adalah merupakan cara membuat semakan duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tanpa perlu pergi ke bank.

Bagi mereka yang tidak mempunyai online banking atau tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan BSH/BPN anda boleh melakukan semakan di lama web https://bpn.hasil.gov.my bagi tujuan mengetahui status sama ada duit anda telah dikreditkan ke dalam akaun ataupun belum.

Cara-cara membuat semakan adalah seperti berikut:

Langkah 1 :

  • Sila masuk ke laman web bpn.hasil.gov.my
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan CAPTCHA yang disediakan.
  • klik SEMAK

Langkah 2 :

  • Pastikan paparan semakan status berada pada skrin anda.
  • Segala maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, status permohonan dan jumlah keseluruhan BPN akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian Maklumat Pembayaran

Langkah 3 :

  • Selepas anda klik pada bahagian Maklumat Pembayaran, segala maklumat lengkap pembayaran akan dipaparkan.
  • Lihat sama ada pembayaran BPN anda telah berjaya dikreditkan ataupun tidak.
  • Paparan juga akan menunjukkan nama bank beserta nombor akaun pembayaran BPN anda.
  • Sila ke bank berhampiran untuk membuat pengeluaran sekiranya anda memerlukan.

Panduan di atas adalah merupakan contoh status yang telah BERJAYA DIKREDITKAN dan ianya adalah merupakan contoh semakan bagi Kategori Bujang dan ianya turut boleh digunakan bagi membuat semakan untuk kategori Berkeluarga.

Jika semakan yang anda lakukan tidak sama seperti yang dipaparkan pada contoh diatas berkemungkinan besar pembayaran BPN anda masih belum dikreditkan ataupun masih dikemaskini. Diharapkan anda semua bersabar untuk mendapatkan bantuan ini.

Post a comment

0 Comments