Iklan Header

Tips Pekerjaan - Cara Pendaftaran i-Akaun Untuk Pengeluaran Wang KWSP RM500 Sebulan


Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2 boleh dilakukan dengan cara anda perlu mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Menerusi i-Akaun, anda boleh mengeluarkan duit KWSP anda secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa sahaja.

Berikut adalah merupakan panduan lengkap untuk mendaftar akaun dan cara pengeluaran KWSP akaun 2 :

Cara Pendaftaran dan Pengaktifan i-Akaun KWSP

  • 1. Pergi ke mana-mana kios ataupun kaunter KWSP yang berhampiran dengan anda untuk melakukan pendaftaran. Selepas anda selesai mendaftar, anda akan menerima satu pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi ID pengguna dan kata laluan sementara untuk i-Akaun anda.
  • 2. Layari laman sesawang www.kwsp.gov.my dan pergi bahagian "Saya Ahli (i-Akaun)" dan tekan butang "Log Masuk".
  • 3. Masukkan "ID Pengguna" dan "Kata Laluan" sementara yang telah diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun anda. (pengaktifan perlu dilakukan dalam tempoh masa selama 30 hari setelah anda menerima SMS)
  • 4. Baca terma dan syarat yang telah dipaparkan dan pilih "Setuju".
  • 5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu, masukkan kata laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan frasa rahsia anda.
  • 6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di paparan skrin anda.
  • 7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Panduan Pendaftaran e-Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2

Berikut adalah merupakan panduan infografik rasmi pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP. Anda boleh rujuk pada gambar dibawah:

Untuk makluman, pencarum akaun KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 2 bermula pada 1 April ini. Dinasihatkan agar anda melakukan pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda untuk pergi ke pejabat KWSP.

Kemudahan Yang Tersedia Melalui i-Akaun

  • 1. Perkhidmatan e-Pengeluaran
  • 2. Semakan penyata akaun KWSP bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya
  • 3. Semakan status permohonan pengeluaran
  • 4. Semakan sejarah transaksi pengeluaran
  • 5. Semakan status penamaan
  • 6. Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • 7. Kemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  • 8. Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi pihak KWSP dengan menekan pada perkataan "LAMAN WEB RASMI KWSP" yang tertera di bawah ini.

Post a comment

0 Comments