Subscribe Us

header ads

Berita Semasa - PERKESO Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Bermula Mac 2020


Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM600 sebulan kepada sesiapa sahaja pekerja swasta yang telah diberi notis cuti tanpa gaji bermula daripada 1 Mac lalu.

Menurut Menteri Sumber Manusia iaitu Datuk Seri M. Saravanan, bantuan di bawah Program Pengekalan Pekerja (ERP) itu akan diberikan selama enam bulan kepada para pekerja yang layak iaitu mereka yang telah mencarum dengan sistem Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

"Terhad kepada pekerja yang  bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan haruslah membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 secara terus ke akaun pekerja," - Datuk Seri M Saravanan

Datuk Seri M Saravanan menjangkakan kira-kira 6.9 juta pekerja swasta di bawah SIP bakal menikmati bantuan kewangan segera berkenaan. Selain itu, pihak PERKESO juga akan turut menyediakan program penempatan pekerjaan serta latihan.

Jelasnya lagi, para pekerja yang berdaftar dan mencarum di bawah sistem tersebut juga akan menerima elaun mencari pekerjaan iaitu bermula lapan puluh peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun kepada lima puluh peratus hingga tiga puluh peratus.

Selain itu, turut disediakan elaun bekerja semula, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan, dan fi latihan terhad kepada RM6,000.

SUMBER

Post a comment

1 Comments