Subscribe Us

header ads

Berita Semasa - Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Pekerja Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan


Kementerian Sumber Manusia melalui soalan lazim berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan telah memaklumkan bahawa majikan yang enggan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, mereka boleh mengemukakan aduan secara atas talian ataupun melalui email rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pihak pekerja perlulah mengemukakan maklumat lengkap berkenaan aduan yang mereka ajukan bagi memudahkan pengurusan JTK mengambil tindakan sewajarnya. Pekerja juga boleh hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran selepas tempoh kawalan pergerakan ini tamat. Siasatan ke atas setiap aduan yang mereka terima hanya akan dijalankan selepas tempoh kawalan pergerakan ini tamat.

Pekerja yang bergaji secara harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang telah dipersetujui oleh pihak majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan. Bagi pekerja yang upahnya tidak tetap pula, kadar upah hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam perintah gaji minimum 2020.

Pihak majikan juga tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan kerana ianya dilakukan mengikut Akta Pencegaha dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagaimanapun, pekerja tidak akan layak untuk menuntun insentif sebanyak RM600 seperti yang telah diumumkan pihak kerajaan kerana tempoh kelayakan untuk memohon insentif tersebut adalah sebulan.

Bagi para pekerja yang terpaksa bekerja daripada rumah pula, pihak majikan tetap perlu membayar gaji serta elaun seperti biasa dan jika mereka ingkar, ianya adalah merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan 7 iaitu Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

SUMBER 

Post a comment

0 Comments