Subscribe Us

header ads

Kerja Terkini : Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Lepasan SPM Kini Dibuka

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2020 bagi lepasan SPM kini dibuka di seluruh negara. Bagi lepasan SPM yang ingin membina kerjaya sebagai seorang guru, anda kini boleh memohon bagi kemasukan ke PISMP tahun 2020.

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang wajib anda ketahui sebelum melakukan permohonan masuk ke dalam program tersebut.

Maklumat Permohonan PISMP 2020

Tarikh Permohonan Dibuka : 24 Februari - 31 Mac 2020 (sila rujuk pada iklan dibawah)

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak lebih 20 tahun pada tarikh memohon. (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak atau tidak untuk membuat permohonan sebaik sahaja permohonan dibuka kerana sistem akan terlebih dahulu membuat penapisan peringkat umur pemohon. Jika layak, barulah anda akan dibenarkan memohon melalui online).
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • Calon haruslah aktif dalam kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred (kepujian) dalam mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Lulus mana-mana subjek lain
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
Perlu diingatkan bahawa bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut adalah antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengiku jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK) :
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazan Dusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling
Untuk melakukan permohonan dan melihat senarai lengkap bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), anda boleh klik pada pautan "MOHON SEGERA" di bawah ini.


Post a comment

0 Comments