Iklan Header

Cara Mudah Login THiJARI ~ Sistem Semakan Akaun Tabung Haji Online



Cara Mudah Login THiJARI ~ Sistem Semakan Akaun Tabung Haji Online | Kini Tabung Haji telah melancarkan secara rasminya sistem THiJARI untuk kemudahan pemegang akaun.

Menerusi sistem Tabung Haji Online ini, pengguna dapat menyemak akaun termasuk penyata terkini akaun TH pengguna.

Berbeza dengan portal iAkaun KWSP, sistem ini membolehkan anda bagi membuat pemindahan wang termasuklah pengurusan hal-hal berkaitan haji.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk daftar portal THiJARI.



PENDAFTARAN TABUNG HAJI ONLINE

Sebelum anda mendaftar pastikan anda telah mengemaskini maklumat akaun terutama nombor telefon terkini agar nombor TAC (Transaction Authorisation Code) dapat dihantar ke nombor yang betul.

Bagi urusan kemaskini anda perlu ke cawangan Tabung Haji berhampiran anda.

Untuk lihat senarai penuh cawangan TH anda boleh rujuk portal rasmi Tabung Haji melaui portal berikut https://www.tabunghaji.gov.my

Setelah selesai urusan kemaskini, barulah anda dapat mendaftar di portal THiJARI.

Caranya:

  1. Layari portal rasmi https://www.thijari.com.my/
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor Tabung Haji anda
  3. Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan termasuk segala maklumat peribadi yang diperlukan
Setelah selesai, sila lakukan semakan semula sebelum memasukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda.

Kemudian, sila isi beberapa butiran berikut:

  1. Kata nama
  2. Kata laluan
  3. Nama pengguna
  4. Negeri terkini
Selesai semuanya barulah anda boleh akses dan menggunakan portal THiJARI untuk urusan selanjutnya.

PERKHIDMATAN THIJARI

Berikut antara perkhidmatan yang ditawarkan di portal THiJARI. Antaranya:

1 – Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2 – Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

3 – Kelab Taha/Taha@U

Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi cawangan TH berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Post a comment

0 Comments